Latar belakang Rozita_Che_Wan

Beliau dilahirkan pada 9 Mac 1974 di Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Ketika itu beliau menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun. menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian, beliau bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 41, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. (pada 2014) . Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 2005. Namun sebelum itu beliau pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah "Cinta Terhalang". Beliau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

Rujukan

WikiPedia: Rozita_Che_Wan http://www.astroawani.com/photos/album/rozita-che-... http://beautifulnara.com/pengakuan-cinta-rozita-ch... http://www.imdb.com/name/nm3412151/ http://www.limauais.com/tak-dak-sorang-pun-yang-da... http://www.rotikaya.com/sekitar-resepsi-perkahwina... http://www.rotikaya.com/wedding-of-the-year-zain-s... http://www.tehsirap.com/2016/01/sinopsis-drama-kak... http://www2.hmetro.com.my/articles/Keranasayaterla... http://www.manggaonline.com.my/jom-libur/gaya-hidu... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...